awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rapat Umum Hari Kebangsaan: Lee puji semangat masyarakat Islam Singapura

Astro Awani
Astro Awani
29/08/2021
23:13 MYT
Rapat Umum Hari Kebangsaan: Lee puji semangat masyarakat Islam Singapura
Lee berucap sempena Rapat Umum Hari Kebangsaan 2021 di Singapura pada Ahad. - Youtube Prime Minister's Office, Singapore.
PERDANA Menteri Singapura Lee Hsien Loong memuji semangat dan kecekalan masyarakat Islam di negara itu dalam memberi kerjasama penuh mengharungi pandemik COVID-19.
Dalam ucapannya sempena Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) 2021 di Singapura pada Ahad, beliau turut melahirkan penghargaan kepada pemimpin masyarakat, asatizah dan masjid di bawah bimbingan Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.
Lee memuji kepimpinan serta usaha mereka yang terus menggalakkan masyarakat Islam mendapatkan vaksin COVID-19.
Pada masa sama, beliau turut memuji sikap prihatin yang ditunjukkan masyarakat Islam terhadap anggota masyarakat lain.
"Dengan lebih ramai orang disuntik vaksin, kita kini melonggarkan sekatan secara beransur-ansur. Ini termasuk membolehkan lebih ramai jemaah di masjid-masjid.
Rapat Umum Singapura | Semangat masyarakat Islam Singapura dipuji
"Sungguhpun demikian, kita harus cuba sedaya upaya untuk memberikan vaksin kepada mereka yang masih belum disuntik, terutama sekali warga emas yang paling mudah sakit teruk jika dijangkiti COVID-19. "Jika anda warga emas, silalah dapatkan suntikan vaksin secepat mungkin! "Saya gembira melihat masyarakat Melayu/Islam bersatu padu dan saling mengambil berat antara satu sama lain sepanjang pandemik ini," kata Lee.
Sumber Facebook leehsienloong
Topic Berkaitan
#Lee Hsien Loong
#masyarakat Islam Singapura
#Rapat Umum Hari Kebangsaan
#vaksin COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan