Skip to main content

Dunia

Rasuk menara WTC akan dibawa ke White House sempena ulang tahun ke-25 serangan 9/11

People attend the 9/11 Memorial & Museum ahead of the 25th anniversary of the September 11, 2001 attacks on the World Trade Center in New York, U.S., August 31, 2026. REUTERS/Brendan McDermid
Orang ramai mengunjungi Memorial & Muzium 9/11 menjelang sambutan ulang tahun ke-25 kejadian serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York, AS, 31 Ogos 2026. REUTERS
Advertisement

WASHINGTON: Sebatang rasuk dari Menara Selatan Pusat Dagangan Dunia (WTC) akan dibawa ke Rumah Putih sempena pertemuan memperingati ulang tahun ke-25 serangan 11 September antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dengan anggota penyelamat dan polis New York, menurut Fox News pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pertemuan itu dijadual berlangsung pada 8 Sept, dengan sebatang rasuk keluli sepanjang 6.4 meter (21 kaki) dan seberat hampir lapan tan yang ditemukan daripada runtuhan menara itu akan dipamerkan, menurut laporan berkenaan.

Jumaat depan, Trump dijangka menghadiri upacara di Pentagon, manakala Naib Presiden JD Vance akan mengunjungi tugu peringatan mangsa serangan pengganas itu di Manhattan.

Pada 11 Sept 2001, dua pesawat penumpang yang dirampas pengganas merempuh menara berkembar Pusat Dagangan Dunia di New York City sehingga menyebabkan kedua-duanya runtuh.

Sebuah lagi pesawat yang turut dirampas pengganas merempuh Pentagon di Washington.

Pesawat penumpang keempat terhempas berhampiran Pittsburgh, Pennsylvania, selepas penumpang dan kru cuba merampas semula kawalan pesawat daripada perampas.

Menurut angka rasmi, hampir 3,000 orang terbunuh, dengan lebih 90 negara kehilangan rakyat mereka pada hari itu.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement