awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ratu Elizabeth II mangkat: India isytihar 11 Sept hari perkabungan negara

Bernama
Bernama
10/09/2022
11:00 MYT
Ratu Elizabeth II mangkat: India isytihar 11 Sept hari perkabungan negara
India mengisytiharkan 11 Sept (Ahad) sebagai hari perkabungan negara susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II. - REUTERS
NEW DELHI: India mengisytiharkan 11 Sept (Ahad) sebagai hari perkabungan negara susulan kemangkatan Ratu Elizabeth II, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar India pada Jumaat.
"Pada 11 Sept (Ahad) bendera India akan dikibarkan separuh tiang di semua bangunan kerajaan dan tiada sebarang acara hiburan akan diadakan," menurut kenyataan itu, lapor Sputnik.
Selain itu semua acara sempena Hari Kebangsaan Gibraltar iaitu sambutan referendum kedaulatan pertama pada 1967 akan dibatalkan.
Menurut kenyataan itu sebagai tanda penghormatan tembakan meriam 96 das juga akan diadakan.
IKUTI SEMUA PERKEMBANGAN BERKAITAN KEMANGKATAN RATU ELIZABETH II, KLIK DI SINI!
Kenya dan Emiriah Arab Bersatu juga dilaporkan mengisytiharkan hari perkabungan dari 9 hingga 12 Sept.
Presiden Cuba Miguel Diaz-Canel berkata negara ini juga akan berkabung bermula 6 pagi hingga 12 tengah malam pada 9 Sept. Kuwait, Brazil dan 'Commonwealth realm' yang lain turut akan berkabung.
Sementara itu, Ratu Margrethe II dari Denmark turut membatalkan beberapa acara yang sepatutnya diadakan sempena ulang tahun ke-50 pemerintahannya.
Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta, mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland pada Khamis.
Baginda ialah raja kedua paling lama menduduki takhta dalam sejarah Eropah selepas Raja Perancis Louis XIV.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ratu Elizabeth II
#kemangkatan
#India berkabung
#Hari Perkabungan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan