[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
DUNIA

Ratu Elizabeth kongsi foto peribadi bersama mendiang Putera Philip

Agensi 17/04/2021 | 04:23 MYT
Ratu Elizabeth berkongsi foto baginda berdua yang dirakam ketika berada di Scotland pada tahun 2003. -Twitter The Royal Family
RATU Elizabeth II pada Sabtu berkongsi foto istimewa bersama mendiang suami Putera Philip menjelang istiadat pemakaman hari ini.
Foto yang tidak pernah dikongsikan itu memaparkan Ratu Elizabeth dan Putera Philip meluangkan masa bersama di lokasi tanah lapang.
Menerusi perkongsiannya di akaun Twitter "The Royal Family", Ratu Elizabeth menzahirkan hasrat berkongsi foto istimewa baginda berdua yang dirakam ketika berada di Scotland pada tahun 2003.
Foto yang dikongsikan memaparkan baginda berdua penuh santai ketika meluangkan masa bersama.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terpahat senyuman manis pasangan diraja ini di dalam foto yang disifatkan sebagai perkongsian peribadi oleh Ratu Elizabeth bersama suaminya sejak 73 tahun lalu.
BACA: Istiadat pemakaman Putera Philip: Ini fakta anda perlu tahu
Untuk rekod, istiadat pemakaman Duke of Edinburgh, Putera Philip akan berlangsung hari ini, Sabtu, 17 April di St George Chapel di Istana Windsor, jam 3 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia).
Ia dua minggu selepas mendiang menghembus nafas terakhir pada 9 April lalu, yang juga dua bulan sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya ke-100.
BACA: Suami Ratu Elizabeth II, Putera Philip meninggal dunia
Putera Philip akan dikebumikan dalam satu upacara sederhana mengikut istiadat diraja.
#Ratu Elizabeth #Putera Philip #istiadat pemakaman #foto istimewa #The Royal Family #istiadat diraja