DUNIA
'Ratu Ketamin' alami kejatuhan sebelum kematian Matthew Perry, dedah rakan
Sangha dijangka menjadi defendan terakhir yang akan dijatuhkan hukuman pada Februari 2026, dan berdepan hukuman maksimum 65 tahun penjara atas pelbagai pertuduhan pengedaran dadah. - Foto X/Red Wave Alerts
LOS ANGELES: Seorang wanita yang digelar media sebagai ‘Ratu Ketamin’, Jasveen Sangha, kini menjadi tumpuan selepas didedahkan sebagai individu utama dalam kes kematian pelakon terkenal siri Friends, Matthew Perry, pada 2023.
Ringkasan AI
Menurut dokumentari terbaharu BBC, Sangha, warganegara dwi British-Amerika, menjalani kehidupan mewah di Los Angeles sebagai pembekal dadah kepada golongan elit Hollywood.
Namun, di sebalik gaya hidup glamor itu, rakan-rakannya mendedahkan bahawa Sangha sebenarnya sedang bergelut dengan masalah peribadi dan ketagihan, yang semakin meruncing sebelum tragedi Perry berlaku.
Siasatan pihak berkuasa mendapati Sangha mengendalikan sebuah “stash house” yang menyimpan pelbagai jenis dadah termasuk ketamin, kokain, Xanax dan pil Adderall palsu.
Dia dipercayai telah membekalkan 50 vial ketamin, termasuk dos yang akhirnya menyebabkan kematian Perry akibat pengambilan dadah berlebihan dan lemas secara tidak sengaja di rumahnya di Los Angeles pada Oktober 2023.
Sangha kini merupakan salah seorang daripada lima individu yang mengaku bersalah dalam kes tersebut, termasuk dua doktor dan pembantu peribadi Perry.
Salah seorang doktor, Dr Salvador Plasencia, telah dijatuhi hukuman 30 bulan penjara persekutuan kerana membekalkan ketamin secara haram kepada Perry.
Sangha dijangka menjadi defendan terakhir yang akan dijatuhkan hukuman pada Februari 2026, dan berdepan hukuman maksimum 65 tahun penjara atas pelbagai pertuduhan pengedaran dadah.
Pendedahan ini mencetuskan perdebatan hangat mengenai penyalahgunaan ketamin dalam kalangan selebriti, serta kelemahan dalam sistem pemantauan ubat-ubatan di Amerika Syarikat.
Pihak berkuasa persekutuan menyifatkan kes ini sebagai pendedahan kepada rangkaian pengedaran ketamin bawah tanah yang beroperasi secara senyap di tengah-tengah industri hiburan.
Matthew Perry, yang dikenali ramai sebagai Chandler Bing dalam siri Friends, telah lama bergelut dengan ketagihan dadah dan alkohol, meskipun dilaporkan sedang dalam proses pemulihan sebelum kematiannya.
Ringkasan AI
- Jasveen Sangha, dikenali sebagai 'Ratu Ketamin', menjadi individu utama dalam kes kematian pelakon terkenal Matthew Perry pada 2023 selepas didedahkan dalam dokumentari BBC sebagai pembekal dadah golongan elit Hollywood di Los Angeles.
- Sangha, yang menjalani kehidupan mewah, sebenarnya bergelut dengan masalah peribadi dan ketagihan dadah, mengendalikan 'stash house' dengan pelbagai dadah termasuk ketamin, kokain, Xanax dan pil Adderall palsu yang menyebabkan kematian Perry.
- Kes ini melibatkan lima individu yang mengaku bersalah, termasuk Sangha yang dijangka dihukum maksimum 65 tahun penjara pada Februari 2026, memunculkan perdebatan mengenai penyalahgunaan dadah dalam kalangan selebriti dan kelemahan pemantauan ubat-ubatan di Amerika Syarikat.