Sejak awal 2017, seramai 345 bayi ditemui maut dengan 99 peratus adalah bayi perempuan.

Empat hari lalu, seorang kanak-kanak perempuan ditemui dalam keadaan mengerikan apabila kepalanya dilapah lalu dibuang di kawasan pembuangan sampah.

Selain itu, seorang bayi turut menerima nasib sama apabila direjam sampai mati selepas seorang ketua kampung menganggapnya sebagai anak luar nikah apabila dia ditinggalkan ditangga sebuah masjid.

Jurucakap Organisasi Kesejahteraan Chhipa, Shahid Mehmood mendakwa, kejadian pembunuhan terhadap kanak-kanak ini dilakukan kerana percaya pada upacara ritual dan atas desakan kemiskinan.

"Ramai ibu bapa percayakan bomoh hingga sanggup membunuh anak mereka. Tapi ramai juga membuat keputusan membunuh bayi mereka kerana terlalu miskin dan kelahiran bayi itu dianggap menyusahkan mereka," katanya seperti dipetik Metro.co.uk.

Sementara itu, polisi di Karachi berkata, pihaknya tidak dapat menangkap pembunuh kanak-kanak yang telah menjadi trend di negara itu, selagi tiada aduan dibuat.

"Kami hanya tahan penjenayah atau kumpulan perancang pembunuhan. Kami nasihatkan pasangan di negara ini supaya merancang keluarga supaya tidak berlaku lambakan kelahiran," katanya.