RATUSAN penduduk Orang Asli daripada komuniti Embera Katio membuat perkhemahan sementara di sebuah taman di ibu kota Colombia, Bogota setelah diusir kerana gagal membayar sewa.

Sebilangan besar mereka tidak mempunyai makanan serta khemah.

Mereka diusir daripada rumah sewa masing-masing 18 hari lalu kerana tidak dapat membayar sewa.

Kuarantin wajib di ibu kota Colombia telah membuatkan mereka tidak dapat menjual barangan mereka kerana pasar jalanan ditutup.

Dianggarkan, seramai 379 individu termasuk 215 kanak-kanak di dalam kumpulan ini.

Dalam kalangan mereka juga terdapat wanita mengandung.

Setakat ini, mereka bertahan di atas sumbangan jiran, yayasan, petani dan mendakwa tiada pihak berkuasa negeri dan kota datang membantu mereka.