DUNIA

Ratusan penerbangan alami kelewatan, dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco

Bernama 27/12/2025 | 02:40 MYT
Ruang pelepasan di Terminal 1 ditutup selama lebih satu jam pada pagi Jumaat, sebelum dibuka semula sekitar jam 10.45 pagi. - Facebook SFO
SAN FRANCISCO: Ratusan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco, Amerika Syarikat, mengalami kelewatan dan pembatalan pada Jumaat berikutan angin kencang serta penutupan sementara ruang pelepasan di Terminal 1, lapor Xinhua.

Menurut laman penjejakan penerbangan FlightAware, sebanyak 432 penerbangan ditangguhkan manakala 26 penerbangan dibatalkan.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat memaklumkan pesawat yang tiba mengalami kelewatan purata selama satu jam 44 minit akibat keadaan cuaca dan angin kencang.

Dalam perkembangan berasingan, ruang pelepasan di Terminal 1 ditutup selama lebih satu jam pada pagi Jumaat, sebelum dibuka semula sekitar jam 10.45 pagi waktu tempatan.

Media tempatan melaporkan Terminal 1 dikosongkan sekitar 8 pagi waktu tempatan selepas polis San Francisco menemukan satu "pakej mencurigakan."

-- BERNAMA

#Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco #penerbangan #Flightaware #tangguh