DUNIA
Ratusan rakyat Itali berhimpun di Milan, nyatakan sokongan terhadap Gaza
Slogan seperti “Bebaskan Palestin”, “Cukup sudah penindasan” dan “Hentikan mesin perang” bergema di seluruh dataran, dengan peserta membawa sepanduk dan bendera Palestin. - Foto Facebook/EPAL
MILAN: Ratusan penunjuk perasaan membanjiri Piazzale Loreto di Milan dalam satu demonstrasi besar-besaran bagi menyuarakan sokongan terhadap rakyat Gaza dan mengecam tindakan ketenteraan Israel yang berterusan di wilayah Palestin.
Ringkasan AI
Perhimpunan itu berlangsung walaupun terdapat larangan rasmi oleh pihak berkuasa Itali bersempena Hari Peringatan Holocaust.
Namun, kumpulan aktivis seperti Young Palestinians tetap meneruskan demonstrasi sebagai tanda solidariti dan penentangan terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai “genosid di Gaza” dan “penindasan terhadap perjuangan rakyat”.
“Kami bukan menentang mana-mana kaum, tetapi kami menentang pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku,” kata Layla, wakil Young Palestinians, dalam ucapannya kepada orang ramai.
Beliau menegaskan bahawa larangan tersebut hanya menguatkan tekad mereka untuk turun ke jalan.
Slogan seperti “Bebaskan Palestin”, “Cukup sudah penindasan” dan “Hentikan mesin perang” bergema di seluruh dataran, dengan peserta membawa sepanduk dan bendera Palestin.
Demonstrasi turut disertai oleh pelajar, aktivis hak asasi manusia, dan tokoh masyarakat yang menyuarakan kebimbangan terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.
Dalam masa yang sama, siren serangan udara dilaporkan bergema di Baitulmaqdis selepas Yaman melancarkan serangan balas terhadap Israel, menandakan peningkatan ketegangan serantau yang turut menjadi perhatian penunjuk perasaan di Milan.
Demonstrasi ini mencerminkan gelombang sokongan global terhadap rakyat Palestin, serta penolakan terhadap dasar luar Israel yang dianggap melampau oleh sebahagian masyarakat antarabangsa.
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di Piazzale Loreto untuk menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin dan mengecam tindakan ketenteraan Israel di Gaza.
- Walaupun demonstrasi dilarang sempena Hari Peringatan Holocaust, kumpulan seperti Young Palestinians tetap turun ke jalan, menyifatkan serangan ke atas Gaza sebagai "genosid".
- Siren serangan udara bergema di Baitulmaqdis susulan serangan balas dari Yaman, mencerminkan peningkatan konflik yang turut menjadi fokus penunjuk perasaan di Itali.