[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
DUNIA

Ratusan rakyat Kenya dipindah akibat banjir

Astro Awani 15/12/2023 | 02:00 MYT
Banjir yang melanda di bahagian negara Afrika Timur itu membunuh sekurang-kurangnya 170 orang. - Foto AP
MANDERA: Usaha untuk memindahkan ratusan rakyat Kenya yang terperangkap akibat banjir giat dilaksanakan oleh pasukan tentera.
Banjir yang melanda di bahagian negara Afrika Timur itu membunuh sekurang-kurangnya 170 orang dan menyebabkan lebih 600,000 kehilangan tempat tinggal sejak bermulanya hujan lebat pada bulan November.
Kenya Utara paling teruk terjejas di mana puluhan ribu orang kehilangan ternakan, tanah ladang dan rumah akibat banjir yang disifatkan sebagai yang terburuk dalam 100 tahun.
Jabatan Meteorologi kenya memberi amaran bahawa hujan lebat akan berterusan sehingga tahun baharu.
Amaran turut dikeluarkan kepada penduduk yang tinggal di kawasan tanah pamah dan kawasan rawan banjir supaya berpindah bagi mengelakkan kerugian selanjutnya.
#banjir #pindah #hujan lebat #Jabatan Meteorologi