Ratusan ribu rakyat Mexico turun padang sokong presiden

Astro Awani
November 28, 2022 00:40 MYT
Orang ramai dilihat berhimpun di Bandar Raya Mexico bagi memberi sokongan kepada Presiden Andres Manuel Lopez Obrador serta segala polisi kerajaan. - Foto REUTERS
BANDAR RAYA MEXICO: Ratusan ribu rakyat Mexico berhimpun di ibu negara pada Ahad sebagai sokongan kepada Presiden Manuel López Obrador.
Himpunan tersebut menandakan empat tahun tampuk pimpinan Obrador sebagai pemimpin berhaluan kiri dan ia merupakan tindak balas kepada protes besar-besaran yang dijalankan oleh pihak pembangangkang dua minggu lalu.
Protes tersebut dilaporkan bagi membantah cadangan Obrador untuk mereformasi pihak berkuasa pilihan raya negara itu.
Presiden Obrador mengetui himpunan yang diadakan secara besar-besaran tersebut yang bermula di Bandar Raya Mexico.
Bagaimanapun pihak pembangkang mendakwa himpunan tersebut disertai rakyat yang dipaksa dan dibayar, namun Obrador menafikan memberi "sesen pun" daripada bajet Persekutuan.
Untuk rekod, Obrador dilantik jawatan Presiden selama 12 tahun dengan Parti Morena memenangi empat daripada enam pilihan raya.
Kerajaan pimpinannya bagaimanapun dikritik kerana didakwa meningkatkan pengunaan tentera, menyalahi perlembagaan undang-undang dan sokongan kerajaan terhadap projek-projek mega yang mencetuskan kontroversi.
#himpunan #sokongan #presiden #Manuel Lopez Obrador