INTERNATIONAL
Ratusan trak bantuan perlu masuk ke Gaza setiap hari - UNRWA
Walaupun Israel mendakwa 300 trak telah memasuki Gaza sejak sekatan ditarik balik, laporan dari pihak Palestin menyatakan hanya 92 trak benar-benar sampai. -Gambar fail/Reuters
GAZA: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menegaskan bahawa sekurang-kurangnya 500 hingga 600 trak bantuan perlu memasuki Gaza setiap hari bagi memenuhi keperluan asas penduduk yang semakin terdesak.
Ringkasan AI
Dalam satu kenyataan di platform X, UNRWA berkata aliran bantuan yang bermakna dan berterusan adalah satu-satunya cara untuk mengelakkan krisis kemanusiaan di Gaza daripada terus meruncing.
“Penduduk Gaza tidak boleh menunggu lebih lama lagi,” tegas agensi itu.
Israel sebelum ini mendakwa bahawa sekitar 300 trak bantuan telah memasuki Gaza sejak sekatan penuh ditarik balik minggu lalu, namun seorang pegawai Palestin menyatakan jumlah sebenar jauh lebih rendah iaitu hanya 92 trak.
Sejak Mac lalu, Gaza telah berdepan sekatan penuh yang menghalang kemasukan bekalan makanan dan perubatan, menyebabkan lebih 58 kematian akibat kekurangan zat makanan, kebanyakannya melibatkan kanak-kanak dan warga emas.
UNRWA memberi amaran bahawa tanpa peningkatan segera dalam penghantaran bantuan, keadaan akan terus memburuk.
Sementara itu, laporan menyebut bahawa lebih 3,000 trak bantuan kini bersedia di sempadan Gaza, namun pergerakan mereka terhalang akibat proses pemeriksaan keselamatan dan kekangan logistik.
Kritikan antarabangsa semakin meningkat terhadap Israel yang didakwa melambatkan penghantaran bantuan, dengan beberapa trak dilaporkan dijarah akibat keadaan yang semakin terdesak.
UNRWA dan badan-badan kemanusiaan lain terus menggesa akses tanpa halangan bagi memastikan bantuan dapat disalurkan kepada lebih 2.4 juta penduduk Gaza yang kini berdepan kelaparan dan kekurangan bekalan asas.
Ringkasan AI
- UNRWA menegaskan bahawa sekurang-kurangnya 500 hingga 600 trak bantuan perlu memasuki Gaza setiap hari bagi memenuhi keperluan asas penduduk yang semakin terdesak.
- Walaupun Israel mendakwa 300 trak telah memasuki Gaza sejak sekatan ditarik balik, laporan dari pihak Palestin menyatakan hanya 92 trak benar-benar sampai, manakala lebih 3,000 trak masih tersekat di sempadan akibat pemeriksaan keselamatan dan kekangan logistik.
- UNRWA dan badan kemanusiaan lain menggesa akses tanpa halangan segera, kerana lebih 2.4 juta penduduk Gaza kini berdepan krisis kelaparan dan kekurangan bekalan asas, dengan lebih 58 kematian akibat kekurangan zat makanan sejak sekatan penuh bermula.