RCEP berkuat kuasa pada hari pertama 2022

Bernama
Januari 1, 2022 10:01 MYT
Lebih 90 peratus perdagangan dalam kalangan ahli yang telah meratifikasi perjanjian itu dikenakan tarif sifar.
BEIJING: Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia, berkuat kuasa pada Sabtu.
Selepas perjanjian itu berkuat kuasa, lebih 90 peratus perdagangan dalam kalangan ahli yang telah meratifikasi perjanjian itu dikenakan tarif sifar, lapor agensi berita Xinhua.
RCEP akan membawa manfaat yang ketara kepada negara anggota dengan mengoptimumkan peraturan perdagangan, prosedur yang diperkemas serta pembukaan lebih luas dalam sektor perkhidmatan-perdagangan dan pelaburan.
China akan melaksanakan sepenuhnya kewajipan perjanjian RCEP dan membimbing kerajaan tempatan, industri dan perusahaan bagi merebut peluang terbuka yang lebih baik, menurut Kementerian Perdagangannya.
Negara itu akan bekerjasama secara aktif dengan anggota lain untuk membina mekanisme RCEP agar menjadi platform utama terhadap kerjasama ekonomi dan perdagangan di Asia Timur, kata kementerian itu.
RCEP merangkumi 10 anggota ASEAN, termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
-- BERNAMA
#Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau #ASEAN #pelaburan #ekonomi