DUNIA
Red Bull didenda 50,000 euro akibat pelanggaran peraturan di petak permulaan GP Amerika Syarikat
Red Bull dikenakan denda 50,000 euro - separuh daripadanya digantung bersyarat selepas didapati melanggar peraturan di kawasan petak permulaan sebelum perlumbaan Grand Prix Formula Satu Amerika Syarikat pada Ahad. - Gambar Reuters
AUSTIN, TEXAS: Pasukan Red Bull dikenakan denda 50,000 euro (kira-kira RM246,000) - separuh daripadanya digantung bersyarat selepas didapati melanggar peraturan di kawasan petak permulaan sebelum perlumbaan Grand Prix Formula Satu Amerika Syarikat pada Ahad.
Menurut kenyataan rasmi pengadil perlumbaan, seorang anggota pasukan Red Bull didapati kembali memasuki kawasan berhampiran petak permulaan pelumba McLaren, Lando Norris, selepas pusingan pemanas (formation lap) bermula dan ketika petugas keselamatan sedang menutup pagar laluan tersebut.
Pihak berkuasa perlumbaan tidak menjelaskan sebab sebenar tindakan itu, namun sumber dalaman beberapa pasukan memaklumkan kepada Reuters bahawa McLaren telah meletakkan tanda penanda di petak tersebut bagi membantu Norris menyelaraskan kedudukan keretanya dengan tepat - dan anggota Red Bull dipercayai cuba menanggalkan penanda itu.
Dalam perlumbaan berkenaan, Norris menamatkan saingan di tempat kedua, sementara Max Verstappen dari Red Bull yang bermula di petak utama (pole position) berjaya meraih kemenangan perlumbaan.
Kedua-dua pasukan belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut.
Pengurus pasukan Red Bull, Laurent Mekies, ketika ditemui pemberita sebelum keputusan diumumkan, enggan mengulas lanjut sementara menunggu keputusan rasmi daripada pihak penganjur. - Agensi