awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belanja RM25,000 hiasi rumah, salji buatan untuk kongsi kegembiraan sambut Krismas
AS haramkan import dron, komponen buatan luar negara
Kecemerlangan Tang Jie-Ee Wei rangkul gelaran dunia warnai kalendar sukan negara 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Referendum kunci penyelesaian isu penjajahan Palestin - Menteri Luar Iran

Bernama
Bernama
25/09/2022
04:42 MYT
Referendum kunci penyelesaian isu penjajahan Palestin - Menteri Luar Iran
Hossein menyalahkan apartheid zionis kerana semakin berani mencabul hak asasi rakyat Palestin, termasuk membabitkan hak untuk hidup dan bekerja. - Reuters
NEW YORK: Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian berkata, referendum di Palestin akan membantu menamatkan penjajahan rejim zionis dan menyelesaikan pertikaian yang berlarutan di wilayah itu.
Amirabdollahian membuat kenyataan itu pada Sabtu ketika sesi Mesyuarat Menteri-menteri Luar Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.
Akibat sikap berdiam diri masyarakat antarabangsa, rakyat Palestin berdepan pelbagai tindakan tidak berperikemanusiaan disebabkan pendudukan dan pencerobohan Israel, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Diplomat tertinggi Iran itu menyalahkan apartheid zionis kerana semakin berani mencabul hak asasi rakyat Palestin, termasuk membabitkan hak untuk hidup dan bekerja.
Beliau mengkritik tindakan rejim yang meluaskan penempatannya di tanah Palestin yang diduduki, sambil berkata rakyat Palestin terpaksa berhijrah, manakala tanah dan ladang mereka dirampas serta dimusnahkan.
Amirabdollahian juga menyeru NAM menggunakan kapasiti diplomatiknya bagi membantu menghentikan jenayah dan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.
Pada 1 November 2019, Iran telah membentangkan inisiatifnya di PBB yang menggesa referendum kebangsaan di Palestin, katanya.
Iran percaya bahawa penyelesaian secara demokrasi akan membantu menyelesaikan isu pendudukan dan pertikaian yang berpanjangan di rantau itu, manakala penduduk Palestin, termasuk orang Islam, Kristian dan Yahudi, boleh memutuskan nasib dan menentukan kerajaan mereka sendiri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#referendum di palestin
#Hossein Amirabdollahian
#rejim Zionis
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan