INTERNATIONAL
Reka cerita dirompak kerana malu tak bawa wang balik kampung
DNI (dua kiri) akhirnya mengaku dia hanya mereka cerita untuk menutup rasa malu kepada orang tuanya di kampung. - Foto Sinar Harian/Agensi
JOMBANG: Gara-gara tidak membawa pulang wang untuk menyambut Aidilfitri, seorang lelaki sanggup mereka cerita kononnya dia dirompak.
Pemudik dikenali sebagai Dwi Nur Iman (DNI), 24, berasal dari Desa Carangrejo, Kecamatan Kesamben, Jombang, Jawa Timur mendakwa menjadi mangsa rompakan ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya.
Dia turut membuat laporan palsu kepada polis tentang insiden itu, namun pembohongan itu akhirnya terbongkar.
"Laporan tentang saya dirompak tidak benar. Saya tidak alami sebarang kerugian pun. Semua itu cerita rekaan untuk menutup rasa malu kerana pulang dengan tangan kosong ketika lebaran," menurut laporan TribunJatim.com yang memetik kenyataannya.
Sementara itu, Kapolsek Mojoagung, Kompol Yogas berkata, pengakuan itu dibuat selepas hasil siasatan mereka mendapati terdapat kejanggalan terhadap aduan dibuat DNI.
"DNI sebenarnya kehabisan wang sebelum mudik ke kampung. Kesan luka pada tubuhnya bukanlah angkara diserang perompak sebaliknya dibuat sendiri dengan kawat," jelasnya lagi. - Sinar Harian memetik agensi