DUNIA
Rekod 800 migran seberang Selat Inggeris ke UK dalam sehari pada Disember
Kira-kira 800 migran menyeberangi Selat Inggeris untuk tiba di United Kingdom (UK) pada Sabtu, menurut data Pejabat Dalam Negeri. - Gambar fail/REUTERS
LONDON: Kira-kira 800 migran menyeberangi Selat Inggeris untuk tiba di United Kingdom (UK) pada Sabtu, menurut data Pejabat Dalam Negeri, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Angka yang dikeluarkan pada Ahad menunjukkan seramai 803 orang tiba di UK menaiki 13 bot kecil, mencatatkan jumlah tertinggi dalam sehari yang direkodkan pada Disember.
Ketibaan itu menjadikan jumlah keseluruhan migran yang sampai ke UK setakat tahun ini kepada 41,455 orang, melebihi angka keseluruhan tahunan sebanyak 36,816 yang direkodkan pada 2024.
Data itu turut menunjukkan kira-kira 2,100 orang tiba di UK sepanjang bulan lalu.
-- BERNAMA