SATU rekod perubatan menunjukkan diktator Jerman Adolf Hitler hanya mempunyai satu testis atau buah zakar, menurut sebuah media Jerman. Hal ini sekaligus menunjukkan lagu Hitler Has Only Got One Ball gubahan F.J. Ricketts sebagai propaganda tentera Inggeris ada benarnya.

Khabar angin tentang Hitler kehilangan sebelah testisnya sudah lama tersebar, kononnya berlaku ketika Pertempuran Somme dalam Perang Dunia Pertama.

Namun begitu, satu rekod perubatan penjara (yang mengurung Hitler atas dakwaan penderhakaan selepas cuba merampas bandar Berlin pada tahun 1923) menunjukkan dia menghidap right-side cryptorchidism, suatu penyakit yang menyebabkan testis tidak turun ke dalam skrotum.

Catatan perubatan doktor yang disangka hilang itu muncul semula dalam sesi lelongan pada tahun 2010 sekaligus dirampas oleh pihak berkuasa.

Pakar sejarah Peter Fleischmann yang mengkaji rekod perubatan tersebut mengatakan pegawai perubatan berpengalaman pada ketika itu serta-merta mengenal pasti penyakit tersebut, lapor akhbar Jerman Bild.