INTERNATIONAL
Remaja Indonesia ditahan berkaitan penyebaran propaganda pengganas di Sulawesi Selatan

Seorang remaja lelaki ditahan di wilayah Sulawesi Selatan atas dakwaan menyebarkan propaganda ekstremis dan menghasut keganasan secara dalam talian. - Gambar hiasan
JAKARTA: Unit elit antikeganasan Indonesia, Densus 88 menahan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun di wilayah Sulawesi Selatan atas dakwaan menyebarkan propaganda ekstremis dan menghasut keganasan secara dalam talian, menurut polis pada Ahad.
Ringkasan AI
- Penahanan Remaja Oleh Densus 88: Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan di Sulawesi Selatan kerana menyebarkan propaganda ekstremis dan menghasut keganasan dalam talian.
- Aktiviti Ekstremis Dalam Talian: Remaja tersebut dikenali sebagai MAS, mengendalikan kumpulan WhatsApp bernama "Daulah Islamiah" sejak Disember 2024, yang menyebarkan ideologi ISIS dan menyokong pengeboman bunuh diri.
- Siasatan dan Amaran Polis: Telefon bimbit MAS dirampas untuk siasatan lanjut, dan polis menyeru orang ramai agar berwaspada terhadap kegiatan radikal dalam talian.
Menurut Mayndra, remaja itu didakwa mengendalikan satu kumpulan WhatsApp yang dinamakan "Daulah Islamiah" sejak Disember 2024 dan berkongsi imej, video, rakaman suara serta tulisan yang mempromosikan kumpulan pengganas itu.
Kumpulan WhatsApp itu juga dilaporkan menjadi medan perbincangan bagi mempertahankan tindakan pengeboman bunuh diri dalam konteks peperangan, sejajar dengan fahaman ekstremis Daish.
"Nombor telefon yang digunakan oleh MAS dikenal pasti sebagai pentadbir utama kumpulan itu," katanya.
Polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan suspek untuk aktiviti dalam taliannya, dan MAS kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Densus 88 menegaskan komitmen untuk terus membanteras rangkaian pengganas, termasuk mereka yang menggunakan platform digital dan menyeru orang ramai agar sentiasa berwaspada serta melaporkan sebarang tingkah laku mencurigakan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami