INTERNATIONAL

Remaja maut ikut trend rempuhan ala ragbi 'run it straight'

Sinar Harian 28/05/2025 | 04:50 MYT
Cabaran ini melibatkan dua individu merempuh satu sama lain dari jarak 20 meter, dan dianggap sebagai sukan rempuhan paling ganas. - Gambar hiasan
SEORANG remaja maut di New Zealand, selepas melakukan aksi 'rempuhan ragbi' yang menjadi trend di media sosial.


Ringkasan AI
  • Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut di Sydney selepas menyertai cabaran media sosial berbahaya dikenali sebagai run it straight, yang semakin popular di Australia dan New Zealand.
  • Cabaran ini melibatkan dua individu merempuh satu sama lain dari jarak 20 meter, dan dianggap sebagai sukan rempuhan paling ganas, malah ada pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai.
  • Polis menggesa orang ramai agar tidak menyertai trend ini kerana risiko kecederaan serius, seperti yang dialami mangsa yang mengalami kecederaan kepala dan meninggal dunia.


Cabaran 'run it straight' itu dikatakan semakin popular di New Zealand dan Australia malah acara tersebut turut dipertandingkan serta menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan.

Mangsa berusia 19 tahun di North Island itu meninggal dunia selepas bermain permainan ganas itu dengan rakannya pada akhir minggu lalu.

"Dia mengalami kecederaan pada kepala yang serius dan disahkan meninggal dunia pada malam Isnin. Kami menggesa semua orang yang terjebak trend ini supaya memikirkan keselamatan dan risiko kecederaan," ujar jurucakap polis, Ross Grantham.

Run it straight disifatkan sebagai sukan rempuhan baharu paling ganas di dunia yang mana dua pemain merempuh antara satu sama lain pada jarak 20 meter. - Sinar Harian/ Agensi





#run it straight #rempuhan ala ragbi #remaja maut #kes kematian