SURABAYA: Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman setahun setengah penjara terhadap seorang pegawai perlawanan bola sepak selepas didapati cuai semasa kejadian rempuhan di Stadium Kanjuruhan, di Malang, Jawa Timur 22 Oktober tahun lalu.

Keputusan dibuat Hakim Mahkamah di Surabaya selepas pegawai perlawananan, Abdul Haris didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian orang awam.

Sebelum ini, Siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Indonesia mendapati punca utama rempuhan itu disebabkan tindakan polis melepaskan 45 das tembakan gas pemedih mata ke arah orang ramai.

Tindakan itu sebenarnya diharamkan badan induk dunia bola sepak FIFA dan tidak sepatutnya digunakan untuk mengawal orang awam.

Seorang lagi pegawai perlawanan akan mendengar keputusannya pada Khamis ini.

Manakala tiga lagi pegawai polis turut didakwa atas kesalahan yang sama dan kes mereka akan diputuskan kemudian.

Abdul Haris, merupakan Pengerusi Jawatankuasa Arema FC, yang pernah mengendali pasukan Crisis Center atau Pusat Informasi Korban bagi menerima laporan serta mengendalikan mangsa yang dirawat di hospital ketika tragedi itu berlaku pada Oktober lalu.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Rusuhan Stadium Kanjuruhan kejadian kedua terburuk dalam sejarah dunia


Dalam kejadian itu, perlawanan derby antara Arema FC dan Persebaya Surabaya berakhir dengan kekecohan dan menyaksikan 135 penonton terbunuh.

Manakala, berpuluh lagi dilaporkan cedera ketika cuba melarikan diri untuk keluar selepas polis melepaskan gas pemedih mata ke arah orang ramai.