DUNIA
Renang terbuka di Singapura diteruskan selepas kualiti air bertambah baik
Pemantauan dan ujian kualiti air akan diteruskan secara berkala sepanjang tempoh kejohanan bagi memastikan keselamatan atlet. - Gambar/ Reuters
SINGAPURA: Perlumbaan renang terbuka 10 kilometer lelaki dan wanita sempena Kejohanan Akuatik Dunia di Singapura akan diteruskan pada Rabu, lapor agensi berita Jerman (dpa) yang memetik kenyataan penganjur.
Ringkasan AI
Perlumbaan wanita sebelum ini ditunda dari Selasa ke Rabu berikutan keadaan laut yang tercemar di Pantai Palawan. Kedua-dua acara itu ditangguhkan sementara pemantauan kualiti air diteruskan.
Menurut kenyataan penganjur Singapore 2025, sampel air yang diambil pada petang Selasa menunjukkan keputusan mematuhi piawaian yang ditetapkan dalam peraturan pertandingan Akuatik Dunia.
Tiga sampel yang diambil sepanjang laluan perlumbaan menunjukkan "peningkatan ketara, dengan tahap E. coli berada dalam julat 'baik' hingga 'cemerlang'," menurut kenyataan itu.
"Pemantauan dan ujian kualiti air akan diteruskan secara berkala sepanjang tempoh kejohanan bagi memastikan keselamatan atlet, dengan kesihatan dan keselamatan semua peserta kekal sebagai keutamaan dalam semua keputusan berkaitan pertandingan," tambah kenyataan itu.
"Akuatik Dunia dan penganjur Singapore 2025 merakamkan penghargaan kepada semua atlet, pegawai dan penyokong atas kesabaran dan kerjasama mereka."
Perlumbaan lelaki 10 kilometer dijadual bermula pada 0500 GMT, diikuti acara wanita kemudiannya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Perlumbaan renang terbuka 10 kilometer lelaki dan wanita sempena Kejohanan Akuatik Dunia di Singapura diteruskan pada Rabu selepas ditangguhkan susulan pencemaran air laut di Pantai Palawan.
- Sampel air yang diambil menunjukkan tahap E. coli berada dalam julat baik hingga cemerlang, mematuhi piawaian pertandingan, dan pemantauan kualiti air akan diteruskan sepanjang kejohanan.
- Penganjur dan Akuatik Dunia merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas kesabaran mereka, dengan perlumbaan lelaki dijadual bermula pada 0500 GMT diikuti acara wanita.