awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Republik Czech berkabung susulan insiden tembakan di universiti Prague

Bernama
Bernama
24/12/2023
02:35 MYT
Republik Czech berkabung susulan insiden tembakan di universiti Prague
Orang ramai bertafakur selama seminit mengenang mangsa tembakan rambang di hadapan bangunan Fakulti Seni Universiti Charles di Prague, Republik Czech, 23 Dis 2023. (Foto AP)
PRAGUE: Republik Czech berkabung pada Sabtu bagi memperingati 14 mangsa yang terbunuh dalam serangan bersenjata di Fakulti Seni Universiti Charles di Prague pada Khamis.
Bendera dikibar separuh tiang dan orang ramai bertafakur selama seminit mengenang kesemua mangsa terkorban dalam serangan pada 12 pagi waktu tempatan, lapor Agensi Anadolu (AA).
Lapangan terbang antarabangsa Prague juga menghentikan operasi selama seminit.
Media tempatan melaporkan beberapa kedai menjual barangan Krismas di seluruh negara ditutup atau mengehadkan waktu operasi.
Mereka yang terbunuh termasuk ketua Institut Muzik Universiti Charles Lenka Hlavkova, penterjemah dan pakar sastera Finland Jan Dlask dan seorang pelajar Lucie Spindlerova.
Pada Khamis, sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh termasuk penyerang manakala 25 lagi cedera dalam insiden itu.
Ketua Polis Martin Vondrasek berkata lelaki bersenjata berusia 24 tahun itu adalah pelajar di Fakulti Sastera di Universiti Charles.
Kementerian Dalam Negeri menolak kemungkinan bahawa suspek mempunyai kaitan dengan mana-mana organisasi pengganas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Republik Czech berkabung
#tembakan rambang
#Universiti Charles
#Prague
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan