DUNIA
Republikan AS sekat rang undang-undang hadkan kuasa Trump untuk serang Venezuela
Senator Republikan Amerika Syarikat pada Khamis menolak rang undang-undang yang menetapkan keperluan kelulusan Kongres sebelum Presiden Donald Trump boleh melancarkan serangan ketenteraan terhadap Venezuela. - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Senator Republikan Amerika Syarikat pada Khamis menolak rang undang-undang yang menetapkan keperluan kelulusan Kongres sebelum Presiden Donald Trump boleh melancarkan serangan ketenteraan terhadap Venezuela, lapor Anadolu Ajansi.
Ringkasan AI
Langkah itu menolak usaha Demokrat untuk mengehadkan kempen White House yang semakin meningkat terhadap Presiden Venezuela Nicolas Maduro.
Usul berkenaan, yang dikemukakan oleh Senator Demokrat Tim Kaine dari Virginia, gagal diluluskan dengan undian 49 - 51 selepas kepimpinan Republikan bertindak menghalangnya.
"Kita tidak sepatutnya berperang tanpa undian di Kongres. Nyawa anggota tentera kita menjadi pertaruhan," kata Kaine dalam ucapan di dewan, menurut laporan saluran awam Kanada CBC News.
Di bawah Perlembagaan Amerika Syarikat, hanya Kongres mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perang.
Republikan mempertahankan penempatan ketenteraan Trump yang berterusan di Caribbean, dengan angkatan tentera AS - termasuk kapal pengangkut pesawat canggih - menyasarkan operasi penyeludupan dadah yang didakwa berlaku di rantau itu.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Senator Republikan AS menolak undang-undang keperluan kelulusan Kongres sebelum serangan Venezuela dilancarkan.
- Usul untuk mengehadkan kempen AS terhadap Maduro gagal diluluskan.
- Demokrat Tim Kaine menekankan Kongres harus meluluskan sebarang perang; Republikan pertahankan penempatan ketenteraan di Caribbean.