awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan adakan tunjuk perasaan di AS bantah tindakan polis

AFP
AFP
14/12/2014
06:07 MYT
Ribuan adakan tunjuk perasaan di AS bantah tindakan polis
Perarakan kali ini adalah antara perhimpunan terbesar diadakan yang tercetus ekoran insiden menembak mati remaja Michael Brown Ogos lalu. - Foto AFP
Ribuan mengadakan perarakan di New York dan Washington Amerika Syarikat pada Sabtu dalam satu tunjuk perasaan bagi menuntut keadilan terhadap insiden menembak mati seorang remaja lelaki kulit hitam oleh anggota polis berkulit putih.
Perarakan yang turut diadakan di Boston dan California itu adalah antara perhimpunan terbesar yang diadakan untuk tujuan itu yang tercetus ekoran insiden menembak mati remaja Michael Brown, 18, di Ferguson, Missouri pada 9 Ogos.
Tindakan para juri untuk tidak mendakwa pegawai polis yang bertanggungjawab keatas kematian Brown dan insiden mencekik Eric Garner seorang bapa beranak enam di New York Julai lalu mencetuskan bantahan bermingu-minggu lamanya.
Sebahagian kawasan Manhattan di New York dan Pennsylvania Avenue di Washington juga terpaksa ditutup berikutan tunjuk perasaan itu.
Tunjuk perasaan disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan muda, berkeluarga dan berusia.
“Saya tidak boleh bernafas” adalah kata-kata terakhir diucapkan mendiang Garner, ketika polis sedang bergelut untuk menahannya kerana menjual rokok tanpa cukai di Staten Island, New York.
Kematiannya dan Brown membangkitkan perasaan marah masyarakat terhadap pihak polis di Amerika Syarikat terutamanya masyarakat kulit hitam yang merasakan diri mereka menjadi sasaran terhadap pelaksanaan undang-undang.
Topic Berkaitan
#Amerikat Syarikat
#Eric Garner
#Michael Brown
#New York
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan