DUNIA
Ribuan artifak dirampas dalam serbuan anti-penyeludupan di Istanbul
Sebahagian daripada artifak bersejarah termasuk syiling, mozek dan panel kaligrafi yang dicuri dipamerkan oleh polis di Istanbul, Turkiye, pada Jumaat.
ISTANBUL: Polis Turkiye merampas ribuan artifak bersejarah, termasuk sebuah panel kaligrafi yang disenaraikan dalam pangkalan data Interpol mengenai artifak seni dicuri selama 20 tahun, dalam beberapa operasi anti-penyeludupan di seluruh Istanbul, lapor Xinhua yang memetik penyiar NTV.
Menurut laporan NTV, antara Jun dan September, polis melancarkan 11 serbuan di daerah Fatih, Sisli, Esenyurt, Bagcilar, Kadikoy dan Besiktas, serta menahan 15 suspek.
Antara barangan yang dirampas ialah 1,771 keping mozek yang dipercayai berasal dari zaman empayar Greek dan Rom, serta 2,627 keping syiling emas, perak, gangsa dan nikel dipercayai milik era Greek, Rom, Abbasiyah, Umayyah, Byzantine, Uthmaniyah dan Seljuk Anatolia.
Turut dirampas ialah 454 artifak dari zaman Uthmaniyah termasuk pistol, belati, pedang, kaki lilin, piala, cop mohor dan ikon keagamaan, selain 47 gelang gading.
Laporan itu menyebut artifak berkenaan akan diserahkan kepada Direktorat Am Yayasan, Muzium Arkeologi Istanbul, Muzium Sejarah Hagia Sophia, serta Muzium Seni Turki dan Islam selepas prosedur rasmi diselesaikan.
-- BERNAMA