DUNIA
Ribuan berhimpun sokong Palestin di Stadium Oslo sebelum perlawanan Norway-Israel
Para peserta perhimpunan berarak menuju ke stadium sambil mengibarkan bendera Palestin. - Gambar/ Reuters
OSLO: Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di luar Stadium Ullevaal di ibu negara Norway, Oslo, pada Sabtu bagi menyatakan sokongan terhadap Palestin menjelang perlawanan kelayakan Eropah Piala Dunia FIFA 2026 antara Norway dan Israel.
Ringkasan AI
Menurut Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), para peserta perhimpunan berarak menuju ke stadium sambil mengibarkan bendera Palestin, manakala penduduk di sekitar kawasan berkenaan menggantung sepanduk solidariti dari balkoni kediaman mereka.
Di dalam stadium, para penonton turut mempamerkan bendera gergasi Palestin di tempat duduk penonton, disertai sepanduk bertulis "LET CHILDREN LIVE", sebagai tanda protes terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Sebahagian lagi memegang kad merah sebagai simbol bantahan.
Terdahulu, Persekutuan Bola Sepak Norway mengumumkan hasil jualan tiket perlawanan pada Sabtu akan disumbangkan kepada pertubuhan kemanusiaan "Medecins Sans Frontieres" (Doctors Without Borders).
Perlawanan itu berakhir dengan kemenangan besar 5-0 memihak kepada Norway, sekali gus mengekalkan kedudukan mereka di tangga teratas kumpulan dan menghampiri peluang layak ke Piala Dunia.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di luar Stadium Ullevaal, Oslo, menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 antara Norway dan Israel, sambil mengibarkan bendera Palestin dan menggantung sepanduk solidariti dari kediaman sekitar.
- Di dalam stadium, penonton mempamerkan bendera gergasi Palestin, sepanduk bertulis -LET CHILDREN LIVE- dan kad merah sebagai simbol protes terhadap serangan Israel ke atas Gaza.
- Persekutuan Bola Sepak Norway mengumumkan hasil jualan tiket perlawanan disumbangkan kepada pertubuhan kemanusiaan Doctors Without Borders, manakala Norway menang besar 5-0 dalam perlawanan tersebut.