DUNIA
Ribuan khemah di Gaza musnah dipukul ribut, bimbang bencana kemanusiaan meruncing
Angin kencang dan hujan lebat cetus kemusnahan besar terhadap kawasan perlindungan sementara warga Palestin, terutama di pantai Gaza. - AP
BANDARAYA GAZA: Ribuan khemah keluarga yang dipindahkan di seluruh Semenanjung Gaza musnah atau diterbangkan angin kencang susulan ribut musim sejuk yang melanda wilayah itu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik kenyataan Pertahanan Awam Gaza pada Sabtu.
Keadaan itu memburukkan lagi keadaan hidup mereka yang daif serta meningkatkan kebimbangan terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di kawasan berkenaan.
Jurucakap Pertahanan Awam Mahmoud Basal berkata angin kencang dan hujan lebat menyebabkan kemusnahan meluas terhadap perlindungan sementara yang menempatkan warga Palestin, terutamanya di sepanjang pantai Gaza.
Beliau berkata, khemah-khemah berkenaan koyak atau dihanyutkan oleh tiupan angin yang mencecah kelajuan sehingga 60 kilometer sejam (km/j).
Beliau turut mengaitkan krisis itu dengan tindakan berterusan Israel yang menyekat bantuan kemanusiaan dan bahan binaan daripada memasuki Gaza.
"Ini bukan sekadar krisis berkaitan cuaca. Apa yang kita saksikan adalah kesan langsung daripada sekatan kemasukan bahan binaan dan gangguan terhadap usaha pembinaan semula, yang memaksa penduduk tinggal di dalam khemah koyak serta rumah yang tidak selamat dan rosak," kata Basal dalam satu kenyataan.
Menurut pakar meteorologi Palestin, ribut berkenaan bermula pada Jumaat dan dijangka berterusan dengan keadaan cuaca tidak menentu serta amaran hujan berterusan di beberapa bahagian wilayah itu.
Basal memberi amaran bahawa setiap sistem cuaca baharu kini bertukar menjadi "bencana kemanusiaan yang nyata" disebabkan sekatan yang berterusan, sambil menyatakan ribuan khemah masih berisiko runtuh atau musnah.
Beliau berkata banyak keluarga terpaksa mendirikan khemah di sepanjang pantai selepas kawasan bandar yang luas tidak lagi boleh didiami akibat pengeboman Israel selama lebih dua tahun, menyebabkan tiada alternatif selamat di kawasan daratan.
Dalam ribut sama lewat Disember, beratus-ratus khemah menempatkan keluarga yang dipindahkan di sepanjang pantai di Khan Younis dinaiki air laut yang melimpah ke darat.
Basal turut memberi amaran mengenai ribuan rumah yang musnah sebahagiannya kini berisiko runtuh, dengan dinding yang retak dan struktur yang lemah mendatangkan ancaman nyawa, terutamanya semasa hujan lebat dan angin kencang.
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, beliau berkata puluhan bangunan kediaman yang rosak akibat serangan udara Israel dilaporkan runtuh semasa ribut, sehingga mengakibatkan kecederaan dan kematian.
Beliau berkata keadaan di Gaza jauh di bawah piawaian kemanusiaan asas dan merupakan pelanggaran serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Lebih 71,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak maut serta lebih 171,000 yang lain cedera dalam serangan kejam tentera Israel sejak Oktober 2023 yang meninggalkan Semenanjung Gaza dalam kemusnahan.
Meskipun gencatan senjata bermula pada 10 Okt lepas, tentera Israel dilaporkan terus melancarkan serangan yang telah meragut nyawa 424 rakyat Palestin dan mencederakan 1,189 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
-- BERNAMA