Ribuan lagi anggota tentera AS tiba di Poland

Astro Awani
Februari 7, 2022 00:45 MYT
Tentera AS menurunkan kenderaan dari pesawat sejurus tiba dari Fort Bragg di Lapangan Terbang Rzeszow-Jasionka di Poland, pada 6 Feb 2022. -AP
WARSAW: Seramai 1,700 tentera yang dikerah Presiden Joe Biden tiba di Poland.
Kerahan tambahan ini susulan ketegangan semakin memuncak dengan Rusia.
Selain Poland, kerahan tambahan tentera elit turut dikeluarkan Biden ke Romania dan Jerman.
Ketiga-tiga negara ini merupakan negara sempadan dengan Ukraine.
Ia sebahagian komitmen AS kepada NATO ketika wujud ancaman Rusia mungkin menyerang Ukraine.
Awal minggu ini pesawat pengangkut AS membawa sistem logistik dan peralatan bagi persediaan tentera.
Ia ditempatkan 90 kilometer dari sempadan Poland dengan Ukraine.
Sebelum ini, 4,000 tentera AS ditempatkan di Poland sejak 2017 secara penggiliran.
#poland #Ukraine #Rusia #tentera Amerika Syarikat