awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan penduduk Afrika Selatan berarak gesa presiden letak jawatan

Bernama
Bernama
21/03/2023
06:34 MYT
Ribuan penduduk Afrika Selatan berarak gesa presiden letak jawatan
Peserta protes memberitahu mereka sudah bosan dengan pemotongan bekalan elektrik, rasuah, peningkatan kemiskinan dan pengangguran yang tinggi. - Gambar/ Reuters
JOHANNESBURG: Beribu-ribu penyokong pembangkang di Afrika Selatan berarak di jalan raya pada Isnin menuntut Presiden Cyril Ramaphosa meletak jawatan.
Pemimpin parti sayap kiri Pejuang Kebebasan Ekonomi (EFF), Julius Malema yang menganjur protes itu berkata mereka sudah bosan dengan pemotongan bekalan elektrik, rasuah, peningkatan kemiskinan dan pengangguran yang tinggi.
"Mesej kami jelas: Ramaphosa mesti meletak jawatan," katanya kepada penyokong yang berkumpul di Church Square di Pretoria, lapor Agensi Anadolu.
Protes di seluruh negara dikawal ketat pihak keselamatan yang meletakkan kira-kira 3,474 anggota tentera membantu polis mencegah dan membanteras jenayah bagi mengelak rompakan dan pertempuran ganas seperti yang berlaku di negara itu dua tahun lepas.
Hari itu, polis mengumumkan penahanan 87 orang di seluruh negara atas kesalahan berkaitan keganasan awam yang dikaitkan dengan protes.
Malema berkata mereka menuntut Ramaphosa berundur kerana didakwa salah urus negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Afrika Selatan
#demonstrasi
#presiden
#letak jawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan