NEW YORK: Ribut Tropika Henri dengan kelajuan angin 60 kilometer sejam yang melanda Westerly, Rhode Island pada Ahad, mengakibatkan ribuan penduduk terputus bekalan elektrik, menurut Pusat Taufan Kebangsaan (NHC).
Amaran ribut tropika itu membabitkan kawasan pantai Connecticut dan Rhode Island sehingga ke Hamptons di bahagian timur Long Island, New York.
Lebih 100,000 kes gangguan bekalan elektrik dilaporkan di utara pantai timur, kebanyakan di kawasan Rhode Island, lapor Xinhua.
Sementara itu di New Jersey, sekurang-kurangnya 86 mangsa yang terperangkap dalam kenderaan masing-masing akibat banjir berjaya diselamatkan, menurut Jabatan Keselamatan Awam Newark.
Kebanyakan lapangan terbang utama masih beroperasi tetapi ratusan penerbangan telah dibatalkan.
FlightAware, laman web berkaitan penerbangan melaporkan lebih 1,000 penerbangan keluar masuk dari Amerika Syarikat dibatalkan.
Sebahagian kawasan di New York, Connecticut, Pulau Rhode dan selatan Massachusetts mengalami hujan lebat dengan kelajuan tiupan angin mencecah 75 kilometer sejam yang mampu mengakibatkan banjir besar.
BACA: Taufan Henri dijangka melanda pantai timur AS, penduduk digesa berwaspada
NHC dalam satu kenyataan memaklumkan ribut itu semakin lemah ketika melintasi Connecticut.
Ribut Henri dijangka berakhir di sempadan New York-Connecticut pada Ahad malam sebelum bergerak ke selatan Massachusetts pada Isnin.
Hujan lebat dan banjir diramal melanda seluruh wilayah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 23 2021
Keadaan banjir susulan hujan lebat akibat ribut tropika Henri di Helmetta, New Jersey, 22 Ogos, 2021. REUTERS
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Ribuan penduduk terputus bekalan elektrik Ribut Tropika Henri landa Rhode Island
Ribut Henri dijangka berakhir di sempadan New York-Connecticut pada Ahad malam sebelum bergerak ke selatan Massachusetts pada Isnin.