awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan penduduk Washington DC bantah penempatan tentera Trump

Astro Awani
Astro Awani
06/09/2025
23:15 MYT
Ribuan penduduk Washington DC bantah penempatan tentera Trump
Orang ramai membawa plakad bertulis “Trump must go now”, “Free DC” dan “Resist Tyranny”, sambil melaungkan slogan menolak kehadiran tentera di kawasan awam. - Foto AP
WASHINGTON: Ribuan penduduk Washington DC turun ke jalan raya pada Sabtu bagi membantah keputusan Presiden Donald Trump menempatkan lebih 2,000 anggota National Guard di ibu negara Amerika Syarikat (AS) itu.

Ringkasan AI
  • Ribuan Berarak Tolak Tentera: Penduduk DC bantah keputusan Presiden Trump menempatkan lebih 2,000 anggota National Guard di ibu kota.
  • Slogan dan Tuntutan: Perhimpunan 'We Are All DC' disertai pelbagai kumpulan, melaungkan slogan menolak kawalan tentera ke atas kawasan awam.
  • Saman dan Reaksi Tempatan: Peguam Negara DC failkan saman cabar penempatan; Datuk Bandar Bowser mahu misi ditamatkan segera meskipun sokongan wujud di kawasan berisiko.

Perhimpunan yang dinamakan We Are All DC menarik pelbagai kumpulan termasuk pendatang tanpa dokumen dan aktivis pro-Palestin.
Mereka membawa plakad bertulis “Trump must go now”, “Free DC” dan “Resist Tyranny”, sambil melaungkan slogan menolak kehadiran tentera di kawasan awam.
Trump sebelum ini mendakwa penempatan tentera diperlukan untuk “memulihkan undang-undang dan keselamatan awam”, serta meletakkan Jabatan Polis Metropolitan DC di bawah kawalan persekutuan.
Namun, data Jabatan Kehakiman menunjukkan kadar jenayah ganas di DC pada 2024 adalah yang terendah dalam tempoh 30 tahun.
Peguam Negara DC, Brian Schwalb, telah memfailkan saman bagi mencabar penempatan tersebut yang disifatkan sebagai tidak berperlembagaan.
Sementara itu, sebahagian penduduk menyokong kehadiran tentera dan mahu mereka ditempatkan di kawasan berisiko tinggi.
Datuk Bandar DC, Muriel Bowser, memuji peningkatan kehadiran penguat kuasa persekutuan tetapi berharap misi National Guard ditamatkan segera.
Tentera dari enam negeri pimpinan Republikan kini ditugaskan sehingga 30 November.
Topic Berkaitan
#protes
#Donald Trump
#National Guard
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan