DUNIA
Ribuan penunjuk perasaan berarak di San Francisco bantah tindakan keras ICE
Seorang pegawai Peronda Sempadan AS cuba menyuraikan penunjuk perasaan ketika memasuki Pangkalan Pengawal Pantai Alameda. - Foto AP
SAN FRANCISCO: Ribuan penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan utama di San Francisco pada Khamis bagi membantah tindakan keras terbaharu oleh pihak Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam Amerika Syarikat (ICE) terhadap pendatang tanpa dokumen di kawasan Bay Area.
Ringkasan AI
Perhimpunan besar-besaran itu berlangsung di sekitar Stesen BART 24th & Mission, dengan peserta membawa sepanduk bertulis “Lindungi Jiran Kami” dan “Tiada ICE di Bay Area”, sambil melaungkan slogan menentang kehadiran ejen persekutuan.
Suasana tegang tercetus apabila penunjuk perasaan cuba menghalang kemasukan ejen Peronda Sempadan ke Pangkalan Pengawal Pantai di Alameda, yang dijadikan pusat operasi oleh pentadbiran Presiden Donald Trump untuk melancarkan serbuan imigresen.
Menurut laporan, pihak berkuasa persekutuan telah menghantar lebih 100 ejen ke kawasan itu, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan komuniti pendatang.
Beberapa insiden kekecohan dilaporkan, termasuk penggunaan bom kilat oleh pihak berkuasa untuk menyuraikan orang ramai dan penahanan beberapa individu.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sebelum ini mengancam untuk menghantar Pasukan Pengawal Kebangsaan ke San Francisco bagi menangani kadar jenayah dan memperketat penguatkuasaan imigresen.
Namun, selepas perbincangan dengan Datuk Bandar Daniel Lurie, beliau menarik balik rancangan tersebut dan menyatakan keyakinan terhadap usaha bandar itu untuk menangani isu keselamatan secara dalaman.
Datuk Bandar Lurie dalam kenyataannya menegaskan bahawa San Francisco tidak memerlukan campur tangan ketenteraan dan menolak pendekatan agresif terhadap pendatang.
“Menghantar tentera ke San Francisco tidak akan membantu bandar atau negara kita,” katanya.
Tindakan keras ini berlaku serentak dengan operasi imigresen berskala besar di seluruh California, yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan aktivis hak asasi dan masyarakat sivil.
Mereka menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan komuniti pendatang dan menuntut dasar yang lebih berperikemanusiaan.
Ringkasan AI
- Ribuan penunjuk perasaan membantah tindakan keras ICE terhadap pendatang tanpa dokumen di Bay Area, dengan perhimpunan utama di Stesen BART 24th & Mission.
- Penunjuk perasaan cuba menghalang operasi ejen persekutuan; pihak berkuasa menggunakan bom kilat dan menahan beberapa individu.
- Presiden Trump tarik balik rancangan hantar Pasukan Pengawal Kebangsaan selepas perbincangan dengan Datuk Bandar Daniel Lurie, yang menegaskan pendekatan agresif tidak sesuai untuk bandar itu.