DUNIA
Ribuan petani bantah perjanjian Mercosur di hadapan Parlimen EU
Petani Perancis mengadakan tunjuk perasaan membantah perjanjian Mercosur berdekatan Parlimen EU di Strasbourg, Perancis, 20 Jan 2026. REUTERS
STRASBOURG (Perancis): Beribu-ribu petani Eropah mengadakan perhimpunan di Bandar Strasbourg, Perancis pada Selasa bagi membantah perjanjian perdagangan bebas antara Kesatuan Eropah (EU) dengan negara-negara blok Mercosur dari Amerika Latin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kira-kira 5,000 penunjuk perasaan bersama beberapa ratus traktor berkumpul di bandar itu, menurut pegawai tempatan, ketika Parlimen Eropah sedang mengadakan sesi pleno minggu ini.
Ahli Parlimen EU dijadual membuat keputusan pada Rabu sama ada untuk mendapatkan pandangan daripada Mahkamah Keadilan Eropah (ECJ) mengenai sama ada perjanjian Mercosur yang dipertikaikan itu mematuhi undang-undang EU - satu langkah yang boleh melambatkan proses ratifikasi.
Perjanjian perdagangan bebas itu telah ditandatangani di Paraguay hujung minggu lepas, namun masih memerlukan kelulusan daripada Parlimen Eropah sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Melalui bantahan ini, para petani mahu mengekalkan tekanan terhadap pembuat keputusan EU berikutan kebimbangan mengenai persaingan tidak seimbang daripada barangan import murah dari Amerika Selatan.
Penunjuk perasaan turut menyalakan bom asap dan menjulang plakad dengan slogan seperti "Von der Leyen go home", yang ditujukan kepada Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen.
Demonstrasi itu mengakibatkan gangguan lalu lintas yang besar di Strasbourg selepas beberapa jalan utama disekat.
-- BERNAMA