awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribuan terkandas akibat hujan lebat, banjir di utara Pakistan

Bernama
Bernama
27/08/2025
02:30 MYT
Ribuan terkandas akibat hujan lebat, banjir di utara Pakistan
Seorang anggota penyelamat memindahkan penduduk dari kawasan banjir di Kampung Dhoop Sarhi, Daerah Kasur, Pakistan. - Foto AP
KARACHI: Ribuan penduduk masih terkandas untuk hari kelima berturut-turut pada Selasa ketika usaha sedang giat dijalankan untuk membersihkan beberapa jalan raya yang terputus hubungan akibat hujan lebat di utara Pakistan, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik pihak berkuasa.
Hujan lebat dan banjir telah memusnahkan beberapa jalan raya dan jambatan di daerah Ghizer, Gilgit Baltistan, memaksa sebahagian penduduk menggunakan bot untuk bergerak.
Jurucakap kerajaan Gilgit-Baltistan, Faizullah Faraq memberitahu Anadolu menerusi panggilan telefon bahawa jalan utama Gilgit-Shandur akan dibuka semula dalam tempoh 24 jam akan datang.
Usaha sedang dijalankan untuk membersihkan jalan-jalan lain dan menyediakan laluan alternatif kepada sekurang-kurangnya 3,000 penduduk yang terkandas selepas sebuah jambatan penghubung dihanyutkan banjir baru-baru ini.
Hujan monsun lebat telah mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di utara Pakistan, mengorbankan lebih 460 orang sejak 15 Ogos lalu.
Sebahagian Lebuhraya Karakoram, yang menghubungkan Pakistan dengan negara jirannya, China, telah ditutup sebahagiannya sejak tiga minggu lepas berhampiran Lembah Hunza akibat banjir limpahan tasik glasier.
Menurut Faraq, jalan raya itu akan dibuka semula sepenuhnya "tidak lama lagi".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#banjir
#jambatan hanyut
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan