Ribuan warga Colombia bantah reformasi di bawah pimpinan Gustavo Petro

Agensi
Mac 6, 2024 23:15 MYT
Presiden berhaluan kiri itu mempertahankan reformasi berkenaan bahawa ia akan memberi manfaat kepada golongan miskin di negara itu. - Gambar Reuters
COLOMBIA: Ribuan penduduk Colombia berarak di bandar-bandar besar negara itu sebagai protes membantah reformasi politik, ekonomi dan sosial yang disokong Presiden Gustavo Petro.
Ini termasuk menuntut tindakan menangani keselamatan yang semakin merosot pada Rabu.
Petro yang juga bekas Datuk Bandar Bogota memulakan tugas secara rasmi pada 7 Ogos 2022 berjanji untuk memerangi kemiskinan dan ketidakseimbangan serta mengakhiri konflik dalaman Colombia yang berlangsung selama enam dekad yang membunuh sekurang-kurangnya 450,000 orang.
Dalam masa sama, cadangan reformasi kerajaan dalam sektor kesihatan, pencen, sistem buruh, dan pendidikan berdepan tentangan sengit di Kongres dan dari pihak pembangkang.
Peserta himpunan melaungkan "Tiada lagi Petro" dan "Petro, keluar!" sambil membawa bendera dan plakat dipenuhi dengan slogan yang mengkritik Presiden tersebut.
Presiden berhaluan kiri itu mempertahankan reformasi berkenaan bahawa ia akan memberi manfaat kepada golongan miskin di negara itu.
Walaupun cadangan pembaharuan sedang dalam usaha dijalankan melalui Kongres, Petro tidak memiliki majoriti dalam kalangan penggubal undang -undang selepas gabungan yang lemah runtuh pada April lalu. - Agensi
#Colombia #reformasi #Presiden Gustavo Petro #Presiden berhaluan kiri