DUNIA
Ribut baharu diramal melanda Gaza, tambah derita ratusan ribu penduduk pelarian
Ratusan ribu keluarga pelarian masih tinggal di khemah yang koyak dan rumah tanpa bumbung, terdedah kepada hujan, kesejukan dan malam yang membeku. - Foto fail/AP
BANDARAYA GAZA: Ribut baharu diramal melanda Gaza dalam tempoh terdekat, sekali gus memburukkan lagi penderitaan ratusan ribu rakyat Palestin yang kini terpaksa tinggal di khemah sementara di kem-kem pelarian yang tidak sesuai menghadapi cuaca musim sejuk yang keras.
Perang genosid Israel yang berlarutan lebih dua tahun telah memaksa hampir keseluruhan dua juta penduduk Gaza meninggalkan kediaman mereka dan berlindung di penempatan sementara yang serba kekurangan.
Minggu lalu, Pejabat Media Kerajaan Gaza melaporkan sebanyak 127,000 daripada 135,000 khemah di kem-kem pelarian telah rosak dan tidak lagi boleh digunakan akibat cuaca ekstrem kebelakangan ini.
“Realiti di lapangan menceritakan kisah yang amat menyedihkan dan suram,” kata wartawan Al Jazeera, Tareq Abu Azzoum, ketika membuat laporan dari Bandaraya Gaza pada Isnin.
“Ratusan ribu keluarga pelarian masih tinggal di khemah yang koyak dan rumah tanpa bumbung, terdedah kepada hujan, kesejukan dan malam yang membeku,” katanya.
Menurut Abu Azzoum, penderitaan ini berpunca secara langsung daripada sekatan Israel yang tidak membenarkan kemasukan unit perumahan mudah alih siap pasang serta bahan binaan penting untuk perlindungan musim sejuk, selain menghalang aliran bebas bantuan kemanusiaan asas yang amat diperlukan.
Di bawah gencatan senjata yang ditaja oleh Amerika Syarikat dan berkuat kuasa pada 10 Oktober lalu, yang didakwa telah dilanggar Israel ratusan kali hampir setiap hari, penghantaran bantuan sepatutnya dipertingkatkan secara besar-besaran, dengan sekurang-kurangnya 600 trak sehari dibenarkan masuk ke Gaza bagi memenuhi keperluan penduduk.
Namun, Pejabat Media Kerajaan Gaza memaklumkan bahawa hanya purata 145 trak bantuan sehari yang dibenarkan masuk sejak gencatan senjata tersebut.
Dalam usaha mengurangkan kesengsaraan, penduduk Palestin terpaksa melakukan pelbagai pengubahsuaian, termasuk menguatkan khemah dengan kepingan plastik, tidur dengan pakaian lengkap serta membakar sisa-sisa bahan di dalam khemah untuk pemanasan berikutan kekurangan bekalan bahan api dan peralatan pemanas di seluruh Gaza, kata Abu Azzoum.
Beliau menambah, musim sejuk di Palestin sememangnya “sangat kejam”, namun keadaan kali ini jauh lebih buruk kerana ia berlaku selepas berbulan-bulan penduduk berdepan dengan perpindahan paksa, kelaparan dan keletihan melampau.
Keadaan cuaca yang ekstrem turut menyebabkan bangunan yang sebelum ini rosak akibat pengeboman Israel runtuh, mengorbankan sekurang-kurangnya 25 orang sejak pertengahan Disember, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
“Golongan warga emas, pesakit dan kanak-kanak adalah antara yang paling terjejas akibat cuaca musim sejuk yang teruk ini,” kata Abu Azzoum.
Kematian akibat pendedahan kepada kesejukan juga dilaporkan meningkat kepada 24 orang, termasuk 21 kanak-kanak, menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza minggu lalu.
Semua mangsa adalah rakyat Palestin yang dipindahkan secara paksa dan tinggal di kem-kem pelarian.
Seorang jurucakap Pertahanan Awam Palestin di Gaza berkata hospital-hospital di seluruh wilayah itu kini menyaksikan peningkatan kemasukan pesakit, khususnya kanak-kanak, yang mengalami penyakit berkaitan kesejukan, selain menerima ratusan panggilan kecemasan akibat suhu yang melampau.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Palestin memberi amaran tentang risiko fros dan suhu beku susulan kemasukan jisim udara kutub di kebanyakan kawasan Palestin pada Selasa malam dan pagi Rabu, menurut laporan agensi berita Palestin, Wafa.