DUNIA
Ribut Benjamin dijangka bawa hujan lebat, angin kencang ke UK
Hujan lebat dijangka bermula pada Rabu malam dengan jumlah taburan sehingga 50 milimeter di beberapa kawasan menjelang awal pagi Khamis.
- REUTERS
LONDON: Ribut Benjamin dijangka membawa hujan lebat dan angin kencang ke beberapa kawasan di United Kingdom (UK) minggu ini, lapor Anadolu Ajansi memetik perkhidmatan cuaca, Met Office.
Met Office telah mengeluarkan tiga amaran cuaca peringkat kuning bagi Khamis, merangkumi kemungkinan berlakunya gangguan, banjir, bekalan elektrik terputus dan kerosakan bangunan di beberapa wilayah.
Amaran hujan peringkat kuning itu meliputi sebahagian besar kawasan selatan England, East Midlands serta beberapa bahagian Wales dan Yorkshire.
Hujan lebat dijangka bermula pada Rabu malam dengan jumlah taburan sehingga 50 milimeter di beberapa kawasan menjelang awal pagi Khamis.
Angin kencang turut berpotensi menyebabkan gangguan bekalan elektrik, gangguan pengangkutan serta kerosakan pada bangunan.
-- BERNAMA