DUNIA
Ribut Byron banjiri kawasan penempatan sementara Gaza, hampir 795,000 berisiko - IOM
Rakyat Palestin yang hilang tempat tinggal terus berada di kawasan yang sangat sesak dengan sedikit perlindungan daripada peningkatan paras air. - AP
GENEVA: Ribut Byron, sistem cuaca buruk yang menyebabkan banjir di Greece dan pulau Cyprus sebelum sampai ke Gaza awal minggu ini, kini melanda, membanjiri beberapa kawasan penempatan sementara dan meletakkan hampir 795,000 rakyat Palestin yang hilang tempat tinggal pada risiko yang tinggi, menurut Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM) pada Jumaat.
Dalam satu kenyataan, IOM menjelaskan bahawa hujan lebat membanjiri ratusan kawasan penempatan sementara, yang jika hujan sederhana sekalipun boleh "dengan pantas menjadi berbahaya," dan dijangka berterusan dalam beberapa jam akan datang, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Sekalipun gencatan senjata berkuat kuasa, rakyat Palestin yang hilang tempat tinggal terus berada di kawasan yang sangat sesak dengan sedikit perlindungan daripada peningkatan paras air, menurut kenyataan itu.
Sejak 10 Okt, agensi itu memaklumkan bahawa ia menghantar lebih 1 juta barang tempat perlindungan kepada rakan kongsi di Gaza, termasuk khemah kalis air, selimut terma, tikar tidur dan terpal, tetapi memberi amaran yang bekalan ini "tidak dapat menahan banjir."
"Penduduk Gaza melalui kehilangan dan ketakutan terlalu lama. Kini, selepas ribut ini melanda semalam, keluarga berusaha untuk melindungi anak-anak mereka dengan apa sahaja yang mereka ada. Mereka layak mendapat lebih daripada ketidakpastian ini. Mereka layak mendapat keselamatan.
"Akses segera dan tanpa halangan adalah penting agar peralatan dan bekalan dapat sampai kepada mereka yang melakukan segala-galanya untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan yang amat sukar ini," katanya.
Penghantaran kit alatan asas, beg pasir, pam air dan bahan binaan terus tersadai disebabkan oleh sekatan akses, menurut IOM, walaupun ia kritikal untuk mengukuhkan tempat perlindungan dan mengurangkan banjir.
"Semalam (Khamis) kami menyaksikan banjir yang meluas dan dengan infrastruktur yang sedia musnah, hujan menyebabkan kerosakan teruk.
"Kami menggunakan beg pasir untuk membuat saliran, tetapi banyak alas tidur dan tilam orang ramai rosak apabila air masuk melalui khemah yang usang," kata Haitham Aqel, ketua pasukan kecemasan dan bantuan bagi Majlis Perumahan Palestin.
-- BERNAMA