Skip to main content

Dunia

Ribut Choi-wan: 3 maut, ratusan hilang tempat tinggal di Filipina

71622672141_TROPICALSTORMCHOIWAN.jpg
BENCANA ribut tropika yang membadai selatan Filipina mengakibatkan sekurang-kurang tiga maut dan ratusan lain kehilangan tempat tinggal.

Ribut Choi-wan tersebut telah mengakibatkan banjir dan berlakunya tanah runtuh di kawasan kediaman.

Pakar meteorologi memaklumkan, ribut itu melalui kawasan barat daya di bandar Masbate pada awal pagi Rabu dengan kelajuan angin 65 kilometer sejam.

Ia dijangka bergerak ke arah barat laut dan mungkin melemah menjelang Khamis.

Setakat ini, lebih 2,600 mangsa kehilangan tempat tinggal, kebanyakannya disebabkan oleh banjir, di 18 kampung di bahagian selatan.

Sementara itu, lebih 3,000 penumpang dan pengendali kargo terkandas di pelabuhan setelah perjalanan di laut terpaksa ditangguhkan.





Advertisement

Must Watch Video