DUNIA
Ribut Choi-wan: 3 maut, ratusan hilang tempat tinggal di Filipina
Anggota penyelamat memindahkan penduduk ke tempat yang lebih selamat susulan banjir yang berlaku disebabkan oleh Ribut Tropika Choi-wan yang melanda Maasin City di wilayah Leyte Selatan, Filipina tengah, 1 Jun 2021. (Foto AP)
BENCANA ribut tropika yang membadai selatan Filipina mengakibatkan sekurang-kurang tiga maut dan ratusan lain kehilangan tempat tinggal.
Ribut Choi-wan tersebut telah mengakibatkan banjir dan berlakunya tanah runtuh di kawasan kediaman.
Pakar meteorologi memaklumkan, ribut itu melalui kawasan barat daya di bandar Masbate pada awal pagi Rabu dengan kelajuan angin 65 kilometer sejam.
Ia dijangka bergerak ke arah barat laut dan mungkin melemah menjelang Khamis.
Setakat ini, lebih 2,600 mangsa kehilangan tempat tinggal, kebanyakannya disebabkan oleh banjir, di 18 kampung di bahagian selatan.
Sementara itu, lebih 3,000 penumpang dan pengendali kargo terkandas di pelabuhan setelah perjalanan di laut terpaksa ditangguhkan.