Ribut di pantai republik Mari El Rusia korbankan tujuh orang

Bernama
Julai 30, 2023 20:00 MYT
Malkin berkata 15 orang yang cedera dibawa ke hospital, lapor Sputnik. - Gambar hiasan/Freepik
MOSCOW: Tujuh orang, termasuk tiga kanak-kanak terkorban di Republik Mari El Rusia akibat ribut, kata pihak berkuasa pertahanan awam tempatan.
"Pada 6 petang (15:00 GMT Sabtu), angin kencang menumbangkan sejumlah besar pokok berhampiran Tasik Yalchik, tempat percutian popular yang mempunyai tapak perkemahan.
"Semasa kejadian, 500 kereta berada di kawasan itu. Jumlah kematian yang disahkan setakat hari ini seramai tujuh orang, termasuk tiga kanak-kanak," kata ketua jawatankuasa pertahanan awam republik itu, Alexandr Malkin, kepada pemberita pada Sabtu.
Malkin berkata, 15 orang yang cedera dibawa ke hospital, lapor Sputnik.
Sementara itu, pihak berkuasa kecemasan wilayah dalam satu kenyataan pada pagi Ahad berkata seramai 22 orang, termasuk empat kanak-kanak, cedera akibat ribut di Mari El itu. Seramai 17 orang dimasukkan ke hospital, termasuk dua kanak-kanak.
Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan pada pagi Ahad.
Kira-kira 36,000 pengguna terputus bekalan elektrik. - BERNAMA
#ribut #Mari El Rusia #angin kencang #korban