Ribut hujan batu sebesar bola golf, puting beliung melanda China

Astro Awani
Oktober 2, 2021 00:21 MYT
Wang berkata, puting beliung itu melanda pusat bandar Yantai serta menyebabkan kemusnahan pada kenderaan dan bangunan. - Foto Twitter/@Ericwang1101
PUTING beliung melanda sebuah bandar di Wilayah Shandong, China pada Jumaat.
Menurut penggemar cuaca ekstrim, Eric Wang, kemusnahan akibat kejadian itu selaras dengan kadar EF-1.
Skala EF yang dikuatkuasakan pada 1 Feb, 2007 mengira kekuatan puting beliung berdasarkan kelajuan angin dan kemusnahan yang berkait dengan kejadian itu.
Wang berkata, puting beliung itu melanda pusat bandar Yantai serta menyebabkan kemusnahan pada kenderaan dan bangunan.

This tornado was spawned by a textbook supercell.The same supercell dropped golfball size hail in multiple cities. https://t.co/fGjDOMlYZI pic.twitter.com/k0dESvLdoN

— Eric Wang (@Ericwang1101) October 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Puting beliung tersebut turut menyebabkan ribut hujan batu sebesar bola golf yang dilaporkan di beberapa bandar di negara itu.
#puting beliung #hujan batu #China #Yantai