Ribut Melissa: Orang ramai berkumpul di luar pasar raya, bekalan api semakin terhad

Penduduk di Black River, Jamaica berkumpul di sebuah pasar raya pada Khamis selepas Taufan Melissa melanda pulau itu sekali gus menyebabkan kerosakan besar dan gangguan meluas. - Foto REUTERS
MONTEGO BAY: Ribuan penduduk berkumpul di sebuah pasar raya pada Khamis, susulan Taufan Melissa yang melanda pulau itu dan menyebabkan kerosakan besar serta gangguan meluas.
Ringkasan AI
- Ribuan penduduk Jamaica bertindak balas terhadap Taufan Melissa yang melanda dengan kelajuan 185 batu sejam, menyebabkan kerosakan besar, gangguan bekalan dan suasana cemas di pasar raya serta stesen minyak.
- AccuWeather menganggarkan kerugian mencecah AS$22 bilion (RM92 bilion), dengan proses pemulihan dijangka mengambil masa lebih sedekad berikutan kerosakan infrastruktur dan jalan yang terhalang.
- Anggota tentera dikerahkan untuk membersihkan laluan ke kawasan terpencil, manakala pasukan mencari dan menyelamat dari Amerika Syarikat sedang digerakkan ke Jamaica dan rantau Caribbean bagi menyokong usaha pemulihan.
Penduduk bergegas mengisi tangki dan bekas simpanan, manakala yang lain membawa botol dan tong kosong, mencerminkan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan bahan api.
Melissa melanda Jamaica pada Selasa dengan kelajuan angin berterusan mencecah 185 batu sejam, jauh melebihi ambang minimum kategori 5, klasifikasi tertinggi bagi taufan.
Kerosakan fizikal dan ekonomi dijangka besar, dengan AccuWeather menganggarkan kerugian mencecah AS$22 bilion (RM92 bilion).
Proses pemulihan dijangka mengambil masa sedekad atau lebih.
Pihak berkuasa melaporkan lebih 130 jalan masih terhalang akibat pokok tumbang, serpihan dan kabel elektrik.
Anggota tentera dikerahkan untuk membersihkan laluan secara manual ke kawasan terpencil, diikuti ambulans yang membawa bantuan kecemasan.
Pasukan mencari dan menyelamat dari Amerika Syarikat kini dalam perjalanan ke Jamaica bagi membantu usaha pemulihan dan menggerakkan bantuan ke negara-negara lain di rantau Caribbean yang turut terjejas.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


