DUNIA
Ribut musim sejuk: 800,000 penduduk AS terputus bekalan elektrik
Lebih 821,000 penduduk di Amerika Syarikat (AS) terputus bekalan elektrik pada Isnin selepas ribut musim sejuk melampau membadai negara itu. - Foto REUTERS
ISTANBUL: Lebih 821,000 penduduk di Amerika Syarikat (AS) terputus bekalan elektrik pada Isnin selepas ribut musim sejuk melampau membadai negara itu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik laman web PowerOutage.us.
Ringkasan AI
Jumlah gangguan bekalan elektrik terbesar dilaporkan di Tennessee, dengan sehingga 255,452 pengguna terputus bekalan elektrik.
Memetik Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, GB News melaporkan bahawa 17 negeri telah mengisytiharkan darurat dan sedang menempatkan pasukan penyelamat serta bekalan penting sebagai persediaan.
Pakar kaji cuaca memberi amaran tentang hujan beku dan "pengumpulan ais yang membawa bencana" di kawasan yang terselamat daripada salji tebal, lapor media.
Sekurang-kurangnya enam kematian dilaporkan pada Ahad akibat ribut musim sejuk yang besar itu. Lebih 16,000 penerbangan di seluruh AS dibatalkan, manakala ribuan lagi mengalami kelewatan di lapangan terbang seluruh negara.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Lebih 821,000 penduduk di AS terputus bekalan elektrik akibat ribut musim sejuk melampau; Tennessee paling terjejas dengan 255,452 pengguna tanpa elektrik.
- 17 negeri di AS mengisytiharkan darurat berikutan ribut musim sejuk; pasukan penyelamat dan bekalan penting dikerahkan sebagai langkah persediaan.
- Pakar cuaca memberi amaran tentang hujan beku dan pengumpulan ais yang membawa bencana; sekurang-kurangnya enam kematian dilaporkan dan lebih 16,000 penerbangan dibatalkan di seluruh negara.