DUNIA
Ribut musim sejuk landa Amerika, 230 juta penduduk berdepan kesulitan, ribuan penerbangan dihentikan
Hujan beku dan sleet dijangka berterusan sehingga hujung minggu, sekali gus menyebabkan rangkaian jalan raya di Texas, Oklahoma dan Louisiana berisiko tinggi tidak dapat dilalui. - Gambar hiasan
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) kini berdepan salah satu ribut musim sejuk paling besar dalam sejarah moden apabila sistem cuaca ekstrem melanda kawasan luas dari Texas hingga New England, membawa salji tebal, ais berbahaya dan suhu jauh di bawah paras beku.
Lebih 170 hingga 230 juta penduduk berada di bawah pelbagai bentuk amaran cuaca, termasuk amaran ribut salji, ribut ais dan angin sejuk melampau yang dijangka berlarutan sehingga awal minggu depan.
Texas, Selatan AS: Ais ‘catastrophic’, jalan lumpuh
Texas menjadi antara negeri paling awal merasai impak ribut apabila hujan beku dan ais tebal melanda beberapa bandar utama termasuk Dallas dan Fort Worth.
Keadaan itu menyebabkan risiko besar seperti pokok tumbang, talian elektrik putus dan kerosakan infrastruktur.
Hujan beku dan sleet dijangka berterusan sehingga hujung minggu, sekali gus menyebabkan rangkaian jalan raya di Texas, Oklahoma dan Louisiana berisiko tinggi tidak dapat dilalui.
Pihak berkuasa menasihatkan penduduk supaya kekal berada di rumah bagi mengurangkan risiko kemalangan.
Di Oklahoma, operasi kecemasan dipertingkatkan dengan kerja-kerja pra-rawatan jalan menggunakan garam brine, selain mengerahkan lebih ramai anggota untuk membantu pemandu terkandas.
Beberapa sekolah turut ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.
Suhu sejuk melampau juga meningkatkan bahaya kepada penduduk apabila indeks kesejukan angin dijangka menjunam sehingga –40 hingga –50 darjah Fahrenheit, meningkatkan risiko frostbite dalam masa beberapa minit.
Ribut ini turut membawa jalur salji tebal merentasi Texas Panhandle, Oklahoma, Kansas, Ohio Valley hingga ke New England.
Beberapa kawasan dijangka menerima lebih daripada satu kaki salji, menyebabkan pergerakan dan operasi harian terganggu.
Bandar besar seperti New York, Washington D.C., Philadelphia dan Boston pula bersiap sedia menerima taburan salji melebihi 12 inci, memaksa beberapa negeri mengisytiharkan darurat cuaca.
Potensi nor’easter tingkatkan impak di Pantai Timur
Pakar cuaca memberi amaran bahawa sistem ini berpotensi berkembang menjadi nor’easter, iaitu ribut musim sejuk pesisir yang lazim membawa salji lebat, angin kencang dan ombak tinggi.
Kawasan pesisir di New England dijangka menerima campuran salji dan hujan beku, menambah risiko licin dan kerosakan.
Washington D.C. turut mengisytiharkan darurat salji dengan unjuran awal menunjukkan salji setebal sembilan inci serta hujan beku pada waktu malam.
Ribuan penerbangan dibatalkan
Sektor penerbangan antara yang paling terkesan apabila lebih 6,000 penerbangan dijangka dibatalkan sepanjang hujung minggu.
Lapangan terbang di Dallas, Atlanta, Charlotte, New York City dan Boston mencatat jumlah gangguan yang paling ketara.
Syarikat penerbangan utama juga telah menawarkan travel waiver bagi memudahkan penumpang menukar jadual perjalanan tanpa caj tambahan.
Penduduk mula menambah stok keperluan asas
Di beberapa kawasan, pasar raya dilaporkan mula kehabisan stok barang asas seperti roti, susu dan air kerana penduduk meningkatkan persediaan untuk menghadapi kemungkinan terkurung di rumah selama beberapa hari.
Agensi kecemasan persekutuan turut mengaktifkan pusat koordinasi bantuan untuk menyalurkan bekalan seperti air, selimut, makanan bayi serta menggerakkan pasukan respons pantas ke negeri yang terjejas teruk.
Syarikat utiliti di seluruh negara menambah jumlah juruteknik dan pasukan lapangan untuk menangani kerosakan pada grid tenaga.
Bagaimanapun, pakar memberi amaran bahawa gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan berpotensi berlarutan selama berhari-hari berikutan taburan ais yang berat.
Keadaan selepas ribut dijangka kekal mencabar kerana suhu kekal beku, memperlahankan proses pencairan salji serta menyukarkan kerja-kerja pemulihan infrastruktur.
Dengan amaran cuaca masih berkuat kuasa di lebih 30 negeri, ribut ini dijangka terus memberi impak besar sehingga awal minggu hadapan.
Kerjasama orang ramai amat penting bagi mengurangkan risiko kemalangan, kecederaan dan kehilangan nyawa. - Agensi