Ribut pasir: Rakyat Iraq disaran kekal berada di rumah

Astro Awani
Mei 7, 2022 21:30 MYT
Keadaan di Baghdad selepas dilanda ribut pasir. - Foto REUTERS
BAGHDAD: Ratusan penduduk di Iraq dikejarkan ke hospital pada Sabtu selepas mengalami masalah pernafasan akibat daripada kejadian ribut pasir yang melanda negara itu.
Menurut Jabatan Meterologi Iraq, ribut pasir yang berlaku kali keenam dalam masa sebulan itu akan berterusan sehingga pagi Isnin.
Susulan itu, pihak berkuasa menggesa rakyat di seluruh negara untuk kekal berada di dalam rumah akibat daripada cuaca yang tidak mengizinkan.
Ribut pasir merupakan kejadian biasa di Baghdad kerana Iraq terdedah kepada ribut pasir bermusim.
Namun pihak berkuasa meningkatkan lagi kebimbangan mengenai kekerapan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang mereka katakan akan diburukkan lagi oleh rekod hujan rendah dan perubahan iklim.
#ribut pasir #masalah pernafasan #hujan rendah #perubahan iklim