Ribut salji landa Colorado

Agensi
Mac 15, 2024 00:50 MYT
Seorang saksi sempat merakam video menunjukkan kenderaan yang terkandas di tengah-tengah jalan yang diliputi salji di Denver, 14 Mac 2024. - REUTERS
RIBUT salji melanda Colorado menyebabkan penerbangan dibatalkan serta lebuh raya yang menghubungkan bandar Denver dengan Colorado Ski Resorts ditutup pada Khamis.
Cuaca buruk yang dilaporkan bermula sejak Rabu malam itu, menyaksikan salji paling tebal turun di Denver, diramalkan berakhir pada Jumaat pagi.
Menurut Reuters, seorang saksi sempat merakam video menunjukkan kenderaan yang terkandas di pinggir jalan di Denver.
Ribut salji ini turut menjejaskan kawasan banjaran pergunungan Colorado.
Menurut media tempatan, ketinggian paras salji direkodkan melebihi 30cm di beberapa bahagian di negeri itu.
Sementara itu, ratusan sekolah, premis perniagaan dan pejabat kerajaan di Colorado juga ditutup.
#salji tebal #ribut salji #Colorado #kenderaan terperangkap