[TERKINI] Mohd Khalid Dilantik Ketua Polis Negara ke-15 – Ikuti Laporan Penuh di Sini
INTERNATIONAL

Ribut salji ragut 15 nyawa di Connecticut

Astro Awani 11/02/2013 | 08:15 MYT
KANDAS: Kebanyakkan penerbangan masih lagi dibatalkan sehingga Ahad akibat salji tebal.
Orang ramai mula membersihkan timbunan salji susulan ribut salji yang melanda kawasan timur laut Amerika.
Ribut yang mengakibatkan salji setebal hampir satu meter itu telah meragut sekurang-kurangnya 15 nyawa.
Presiden Barack Obama mengisytiharkan darurat di negeri Connecticut, membolehkan peruntukan persekutuan digunakan untuk membiayai kos pemulihan.
Beratus orang masih lagi terputus bekalan elektrik, menyebabkan mereka terpaksa berpindah ke tempat perlindungan sementara di sekolah-sekolah.
Larangan memandu bagaimana pun sudah ditarik balik, sementara penerbangan di semua lapangan terbang di kawasan terjejas sudah diteruskan.
Bagaimanapun kebanyakan penerbangan masih lagi dibatalkan sehingga Ahad.
Pihak perkhidmatan cuaca kebangsaan meramalkan wilayah timur laut akan dilanda hujan dan cuaca yang semakin panas dimana ianya akan mencairkan salji.
#Amerika #Barack Obama #Connecticut #ribut salji