INTERNATIONAL
Ribut taufan ragut lebih 20 nyawa di Brazil
Kejadian tanah runtuh akibat banjir di Ilhabela, Brazil. -Reuters
BRASILIA: Ribut taufan yang melanda pantai utara Sao Paulo, Brazil pada hujung minggu telah meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa dan menyebabkan ratusan orang kehilangan tempat tinggal.
Tanah runtuh dan banjir di wilayah utara hab kewangan Brazil telah menyebabkan beberapa bandar di situ terputus bekalan elektrik dan air.
Presiden Luiz Inacio Lula da Silva mengumumkan akan melawat kawasan terjejas pada Isnin.
"Seluruh jentera kerajaan persekutuan, melalui Sekretariat Kebangsaan bagi Perlindungan dan Pertahanan Awam dan Angkatan Tentera, bersedia untuk membantu apa sahaja yang diperlukan, dan bergabung tenaga dengan kerajaan Sao Paulo serta dewan bandar raya untuk membantu mangsa," tulis Lula di akaun Twitternya.
Ikuti laporan terkini di laman mikro Astro AWANI